Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!
Bercakap tentang skincare, sape je yang tak suka. Semua orang suka. Semua orang acah-acah nak tahu. Well, kerugian setinggi gunung kalau taknak ambik tahu, ni I nak bagi free knowledge je ni haa deknon!
Tak usah la kita buang masa ya. Teruskan agenda blogging harini - Segalanya Tentang Mary Kay Miracle Timewise. So apa yang miraclenya? Baca dolu! I akan kasi penerangan yang jelas dan jitu, supaya semua peringkat umur yang pandai membaca sama-sama dapat benefit.
Senang je. Dengar Miracle Timewise, zuppp terus semua adrenalin ingat AWAL PENUAAN. So sesuai bebeno untuk yang berumur 25 tahun dan keatas.
UNTUK SIAPA MIRACLE TIMEWISE NI?
Sangat highly recommended untuk sesiapa yang nakkan rejim penjagaan kulit yang mampu lawan penuaan - khusus untuk kulit nampak lebih muda. So selain tu, yang ada masalah-masalah kulit kat bawah pun boleh cuba set ni:
- Jerawat yang banyak samada disebabkan produk tempatan atau tinggi kandungan merkurinya
- Kulit terlalu kering atau berminyak. MK ada 2 formula untuk disesuaikan dengan kulit you
- Liang pori besar. Secara tak langsung, boleh bantu kecikkan pori yang besar
- Banyak whitehead atau blackhead. Ni memang popular dikalangan muka manusia
- Muka gelap samada disebabkan sunburn atau hasil dari penggunaan produk tinggi kandungan bahan terlarang
- Perlukan percerahan semulajadi. Takmo harini pakai, esok putih melepak. Merkuri sangat!
WOW! HABIS CEMANE MIRACLE SET NI BERFUNGSI?
Bila kulit makin berusia, of course la penghasilan kulit baru jadi makin slow. Jadi lebih kering, kurang pejal, pastu nampak kusam kurang seri giteww. So TW ni bertindak lawan balik! Tanggalkan sel kulit mati, kurangkan fine lines dan kedutan, fokus untuk pastikan kulit sentiasa lembap, cergaskan sel kulit dan bina semula kulit yeay!
• Manik pembersih lembut dalam TimeWise Cleanser tanggalkan sel kulit mati melalui pengelupasan yang amat halus. Dari dekat baru nampak, awesome sangat kan?
• Kompleks berpaten dalam TimeWise Cleanser dan TimeWise Age-Fighting Moisturizer bantu kurangkan garis halus dan kedutan dengan memacu proses pembaharuan kulit semula jadi.
• Sebatian humektan impian dalam TimeWise Age-Fighting Moisturizer pastikan kulit sentiasa lembap.
• Ramuan botani yang kaya dengan khasiat dalam TimeWise Day Solution Sunscreen Broad Spectrum SPF 35† pulak bantu cergaskan sel kulit, at the same time halang UVA dan UVB (ancaman matahari).
• Peptida antipenuaan dalam TimeWise Night Solution rangsang kolagen untuk melicin dan memejalkan kulit.
JOM KITA PERGI KE SATU-PERSATU PRODUK DALAM SET MIRACLE TIMEWISE
1. TimeWise 3-In-1 Cleanser dan TimeWise® 3-In-1 Cleansing Bar
Produk pembersih TimeWise® gabungkan antipenuaan dengan tiga fungsi penting dalam satu produk iaitu membersih, mengelupas dan menyegarkan – serlahkan kulit untuk nampak lebih muda.
2. TimeWise Age-Fighting Moisturizer
Losen mewah emolien ni gabungkan penghidratan 10 jam dengan kompleks berpatená untuk proses pembaharuan kulit secara semula jadi, tampilkan kulit yang lebih pejal, lebih licin dan kurang garis dan kedutan.
3. TimeWise Day Solution Sunscreen Broad Spectrum SPF 35
Bayangkan item ni sebagai sel perlindungan ok. Produk yang inovatif ini boleh cegah kejadian garis-garis dan penyahwarnaan sebelum waktunya (ahaks) dengan halang kerosakan kulit disebabkan sinar UVA/UVB. Selain itu, peptida penenang bantu legakan garis-garis ekspresi.
4. TimeWise Night Solution
Satu sistem penyampaian unik vitamin terkapsul dan antioksidan tergabung dengan peptida penggalak kolagen untuk bantu pudarkan garis-garis dalam dan kedutan. Malah mikrokapsul Nutribeads® lebih banyak kandungan vitaminnya.
OK? So far so good tak?
APA BEZA MIRACLE SET DENGAN REJIMEN PENJAGAAN KULIT HARIAN LAIN?
Mary Kay tawarkan sistem penjagaan kulit lengkap dimana you boleh cantikkan kulit sedia ada, dan pada masa yang sama boleh lawan penuaan tu. Khusus pada jenis kulit pulak tu. Produk lain dalam rejimen penjagaan kulit dalam pasaran mungkin tak direka untuk bertindak sama-sama untuk hasil yang terbaik, tetapi Miracle Set gabungkan semua sekali.
11 kelebihan termasuk mencuci, mengelupas, menyegar, mengaktif, melembap, menghalus, menegang, melembut, melindungi, menjana, dan mengurankan garis halus dan kedutan.
Kalau you baca betui-betui, semua 11 kelebihan ni sebenarnya dah cover semua yang kulit perlukan!
KALAU GITU, BERAPA LAMA TAHAN SATU SET NI?
Okay, I ni pengguna tegar produk Mary Kay, tapi pada masa yang sama, I adalah penjimat skincare nombor 1 kat Malaysia. Alah membeli, menang memakai. Iklan pencuci pinggan sangat.
Based on experience set ni boleh thn brp lma
1 - Cleanser – 6 bulan
2 - Day Solution - 7 bulan
3 - Night Solution – 7 bulan
3 - Age fighting Moisturizer - 7 bulan
Uols nak tau lebih lanjut @ nak dapatkan free consultation?Nak join career dengan Mary Kay pun boleh...saya akn cerita lebih detail lg benefit2 yg ada...Boleh hubungi saya
0128588356
Suhaina Ani
Mary Kay Beauty Consultant
No comments:
Post a Comment